Home Berita PAS Selangor

Bakti Gerobok Prihatin kepada rakyat setempat – PAS Kawasan Gombak

102
SHARE

Bakti Gerobok Prihatin Kepada Rakyat Setempat – Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 4 Ogos – PAS Cawangan Taman Samudra Utara meneruskan agenda murni mereka dalam misi membela kebajikan panduduk dan rakyat tempatan yang memerlukan bantuan, lebih-lebih lagi ketika situasi pandemik COVID-19 yang semakin mengganas ini.

Beberapa anggota PAS Cawangan Taman Samudra Utara melalui program Gerobok Prihatin, telah turun menyantuni 2 buah keluarga yang terkesan. Bantuan berbentuk barangan keperluan harian telah diserahkan kepada keluarga-keluarga tersebut. Manfaat tetap diberi meskipun mereka pengundi luar kawasan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada para penyumbang Program Gerobok Prihatin PAS Cawangan Taman Samudra Utara yang telah menjadi nadi utama dalam merialisasikan impian bantuan untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor