Home Berita PAS Pahang

Bajet Pahang 2018 tidak mampu dibangga

2598
SHARE

Kuantan, 27 November: TIDAK ada apa yang mampu dibanggakan biarpun Pahang mencatat lebihan belanjawan setiap tahun kerana bergantung kepada punca hasil tradisional.

Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, Bajet 2018 tidak menunjukkan perubahan besar berbanding Bajet 2017 kerana masih mengekalkan pendapatan sekitar RM700 juta setahun.

Katanya, bajet Pahang belum lagi mencapai RM1 bilion setahun biarpun banyak kawasan industri baru dibuka di negeri tersebut.

“Pada bajet lepas kerajaan negeri memberitahu akan meneroka sumber hasil baharu namun tidak pula kelihatan sumber hasil tersebut,” katanya.

Baru-baru ini Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakub memberitahu Pahang dijangka mempunyai lebihan anggaran perbelanjaan tahun hadapan sebanyak RM640,000.

Menurutnya kutipan hasil tahun 2018 dianggar berjumlah RM700.64 juta manakala perbelanjaan mengurus berjumlah RM700.04 juta. – HARAKAHDAILY 27/11/2017