BELANJAWAN negara 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, lebih kepada ‘umpan’ Pilihan Raya Umum Ke-14.
Pada masa yang sama, sebahagiannya dikitar semula setiap kali belanjawan negara, namun tidak pernah dilaksanakan terutama soal peruntukan pendidikan percuma di IPT.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata begitu juga dalam menifesto BN, disebut perkara yang sama.
“Namun tidak dilaksanakan dan begitulah yang berlaku saban tahun,”ujarnya.
Katanya, sama ada PRU-14 akan diadakan tahun ini atau awal tahun hadapan, Belanjawan 2018 tetap belanjawan pilihan raya bagi memancing undi.
“Cara ucapan perdana menteri 30 minit terakhir itu juga ucapan semangat untuk bubar dewan,” katanya pada sidang media semalam.
Sidang media itu diadakan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan dan Ekspo Hijau Kelantan 2017.
Tambahnya, Kelantan berkeyakinan rakyat akan menerima nasib yang sama menerusi Belanjawan 2018.
Ketika ditanya, beliau memberitahu Kelantan tidak pasti apa manfaat yang akan dapat hasil daripada belanjawan itu.– HARAKAHDAILY 29/10/2017