Home Kenyataan Media PAS Johor

Baitul Maqdis Kekal Milik Umat Islam

1818
SHARE

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) melontarkan kecaman sekeras-kerasnya atas tindakan Presiden Amerika Syarikat memindahkan Kedutaan US ke Baitul Maqdis! Tindakan Donald Trump ini secara langsung satu pengiktirafan Amerika Syarikat kepada Baitul Maqdis sebagai milik negara haram Israel.

Baitul Maqdis adalah merupakan tanah suci ketiga yang dipertahankan selama ini oleh seluruh dunia Islam termasuk sebahagian negara bukan Islam.

Kita yakin ini adalah ganjaran buat Yahudi Laknatullah yang perlu dilangsaikan oleh Donuld Trump setelah menjadi penyokong tegar Presiden Amerika Syarikat yang bongkak ini. Yahudi Laknatullah bakal meraikan tindakan ini yang pasti mencetuskan lagi ketidakstabilan serantau Timur Tengah selepas ini.

Kami DPPNJ menyeru seluruh umat Islam, khususnya anak muda di dalam negara ini agar bersama-sama bersolidariti bangkit menyuarakan sikap kita bencikan kediktatoran Donald Trump yang tidak lagi boleh diberikan harapan sebagai orang tengah bagi membawa keamanan dunia.

Ayuh, kita beramai-ramai turun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur pada 8 Disember 2018 selepas solat Jumaat.

Baitul Maqdis Milik Umat Islam!!!
Ahmad Nawfal Mahfodz,
Timbalan Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.