Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Baik Wanita, Maka Akan Baiklah Negara

534
SHARE

Baik Wanita, Maka Akan Baiklah Negara

Alor Setar – rombongan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) diketuai oleh YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah iaitu YB Halimaton Shaadiah binti Saad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kebajikan dan YB Dato’ Ustazah Siti Ashah binti Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmi Kemiskinan.

Pertemuan ini telah membuka ruang dan peluang kerjasama yang baik antara Kerajaan Negeri dan Muslimat PAS khususnya dalam banyak perkara terutama pada aspek kebajikan dan pembangunan insan yang sangat sinonim dengan PAS.

Ketua DMPM menegaskan bahawa tugas kita sebagai sebuah kerajaan sangat besar dan berat. Tanggungjawab ini mesti dipikul dan dilaksanakan sebaiknya oleh seluruh jentera Muslimat terutamanya dan semua pihak umumnya.

“Baik wanita, maka insyaAllah akan baiklah negara, inilah yang selalu menjadi ingatan Kak Nuri. Maka tugas kita Muslimat PAS sangat besar dan berat, untuk memastikan kesejahteraan wanita dalam semua aspek.”

Kerjasama politik melalui Perikatan Nasional (PN) dan sebelum ini Muafakat Nasional (MN) akan terus diperkukuh dengan pembinaan hubungan kerjasama terutama bersama sayap parti iaitu Wanita UMNO dan Srikandi Bersatu.

Selain jentera Muslimat terutamanya mestilah bersiap-sedia untuk menghadapi PRU-15 yang mungkin akan berlangsung tidak lama lagi.