Home Artikel PAS Pahang

Baik wanita baiklah negara

163
SHARE

Oleh SOBIRIN DULI 

KUALA LIPIS: Dewan Muslimat PAS Kawasan Lipis berjaya mengadakan Majlis Bicarawara Tokoh Muslimat dengan tema Keluarga Bahagia Ummah Sejahtera.

 

Majlis diisi dengan Bicara Alimat yang disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Senator Ustazah Nuridah Salleh bertajuk Muslimah Penjana Keluarga Bahagia, Ummah Sejahtera.

 

Manakala perasmian disempurnakan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Lipis, Roslan Zainal Al-Ahmadi.

 

Nuridah dalam ucapannya menegaskan negara mendapat rahmat jika ummah bertaqwa. Penyatuan Ummah yang digagaskan PAS-UMNO meletakkan negara ini di atas landasan untuk mencapai matlamat tersebut dan seharusnya disokong oleh seluruh rakyat.

 

“Baik wanita baiklah negara, rosak wanita rosaklah negara. Inilah gambaran pentingnya peranan wanita. Prasyarat melakukan Amar Makruf Nahi Mungkar mestilah beriman dan membatu kaum muslimin melakukannya.

 

“Islam telah memimpin lebih 1300 tahun bermula dengan zaman Rasulallah SAW. Islam ketika itu digeruni oleh orang Bukan Islam dunia. Hari ini agama Islam dan Rasulallah SAW dihina di negara kita dan kita seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa,” ujarnya.

 

Beliau turut mengajak semua orang Islam bersatu, sedangkan kita mempunyai satu agama, satu Al-Quran dan satu Allah.

 

“Adakah muslimin dan muslimat merasa selesa dengan pemerintahan PH hari ini?”, soalnya.

 

“Tidak sama sekali” jawab hadirin secara spontan.

 

Tambah Nuridah, selepas PRU14 orang Bukan Islam menguasai kita menjadikan kita tidak selesa. “Kita sepatutnya malu kepada Allah SWT. Di sinilah adanya peranan muslimah menjaga keluarga untuk jaga ummah. Kita bukan sahaja hendak menyelamatkan umat zaman kita tetapi tindakan kita hari ini akan menyelamatkan umat generasi akan datang.

 

“Seperti mana Allah memerintahkan kita supaya khusyuk dalam solat begitulah kita kena berusaha bersungguh-sunggh untuk menegakkan Islam. Usaha ini perlu dilakukan secara kolektif atau jamaah”.

 

Sementara dalam slot Bicara Tokoh pula, seorang tokoh Pendidikan Ustazah Nur Hanisah Afandi ,membicarakan tajuk Peranan Muslimah Menghayati Bicara Allah.

 

Program turut dihadiri oleh muslimah dari kawasan Raub, Bentong dan Cameron Highlands.