Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Baiah Tidak Ekstrem

2739
SHARE

BAIAH TIDAK EKSTREM

Oleh PPU Muhamad Fiqri

Shah Alam: Menurut Setiauasaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi dalam wawancara bersama Sinar Harian, baiah adalah satu perbuatan Sunnah Rasulullah SAW yang pernah diberikan oleh kaum muslimin beberapa kali ketika baginda masih hidup seperti Baiatul Aqabah 1, 2 dan Baiatul Ridhwan.

“Jangan pula ada yang kata baiah ini suatu yang ekstrem kerana Rasulullah SAW juga baiah dalam perjuangan menegakkan Islam” tegasnya.

Tambah beliau, baiah diikat supaya orang Islam ada satu sikap patuh dan taat dalam urusan memimpin.

“Allah telah menyusun laknat kepada mereka yang langgar baiah. Bukan kita yang jatuhkan hukuman kepada mereka tapi janji Allah itu pasti.”