Home Berita PAS Selangor

Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor – Kemerdekaan Negara

887
SHARE

Leftenan Adnan :
Anak Selangor Perintis Perjuangan Kemerdekaan Negara (Siri – 4)

Leftenan Adnan Gugur Di Medan Juang

Bukit Candu dan Leftenan Adnan bagai berpisah tiada. Jepun berusaha meningkatkan serangan yang lebih hebat dengan bilangan jumlah askar yang lebih ramai, Leftenan Adnan dan Askar Melayu pimpinannya bertahan dan bertempur berhabis-habisan. Walau dalam serba kekurangan dan cedera parah, Platun pimpinan Leftenan Adnan berjaya membunuh lebih 800 askar Jepun.

Bukit Candu berjaya ditawan oleh Jepun. Setelah serangan bertali arus, pengeboman dilokasi pertahanan, tiada henti hemburan peluru mesin gan meratapi kubu, Leftenan Adnan yang masih bernyawa diseret dan diikat serta digantung di pokok. Kakinya di atas, kepala dibawah. Dengan perasaan dendam dan penuh kemarahan, Leftenan Adnan ditikam berkali-kali dengan benet dan dikelar lehernya.

Pihak Jepun melarang sesiapa pun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan. Leftenan Adnan gugur dimedan juang saat usianya baru mencecah 27 tahun. Sungguh padan dan tepat andai Leftenan Adnan dijadikan contoh pada anak muda. Sukar digambarkan bagaimana anak muda seusia itu mampu menyerapi jiwa dan sanubari juang yang tinggi, keberanian serta sanggup berkorban demi tanah air.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

12 Muharram 1442H | 31 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor