Home Berita PAS Terengganu

Bahagian penjagaan kesihatan sumbang kejayaan TDM

12
SHARE

KUALA TERENGGANU – TDM Berhad mengumumkan keputusan kewangannya bagi suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2023 (4QTK2023).

Pengerusi TDM, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, Bahagian Penjagaan Kesihatan TDM Berhad menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan terus komited menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi dan berpatutan untuk komuniti.

“Bahagian perladangan pula akan terus memberi tumpuan kepada membina asas operasi yang kukuh bagi memastikan kelestarian jangka panjang,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut memaklumkan, pada suku keempat tahun lalu pendapatan Kumpulan untuk tempoh tiga bulan yang berakhir pada 31 Disember 2023 meningkat sebanyak 8 peratus berbanding suku sebelumnya.

“Terutamanya disumbangkan oleh pendapatan yang lebih tinggi daripada Bahagian Penjagaan Kesihatan sebanyak RM14.1 juta atau peningkatan sebanyak 18 peratus.

“TDM telah mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) sebanyak RM24.2 juta dalam suku tersebut, iaitu penurunan sebanyak RM2.8 juta berbanding PBT sebanyak RM27.0 juta dalam suku tahun sebelumnya,” ujarnya.

Kenyataan tersebut turut menjelaskan, pada 12MTK2023, pendapatan Kumpulan sedikit berkurang sebanyak 3 peratus berbanding suku sebelumnya disebabkan oleh penurunan pendapatan dari Bahagian Perladangan sebanyak 22 peratus dan sebahagiannya diselaras dengan pendapatan yang lebih tinggi dari Bahagian Penjagaan Kesihatan sebanyak 19 peratus.

“Kumpulan telah mencatatkan PBT sebanyak RM15 juta dalam tempoh tahun tersebut, berbanding dengan RM36.2 juta dalam tempoh sebelumnya,” ujarnya.