PAYA BESAR – Program Back to school adalah program yang dianjurkan sekali setahun. Program ini kebiasaanya akan diadakan pada hujung tahun dan sebelum murid murid masuk persekolahan tahun baru.
Kini, PAS Kawasan Paya Besar dibawah Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar telah selesai membeli pakaian, beg dan kasut sekolah seramai 25 orang.
Menurut Yang Dipertuan PAS Kawasan Paya Besar(Ustaz Tarmizi bin Yahya), sasaran penerima untuk kali ini dianggarkan seramai 400 orang pelajar yang mana anggaran kos sebanyak RM60,000.00.
Oleh itu, dengan ini kami melancarkan sumbangan daripada tuan/puan ke akaun maybank Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar(55 6226 404 572) bagi membiayai anak anak yatim dan murid yang memerlukan agar dapat mula sekolah dengan uniform yang baru.