Oleh: Liyana Dahon
29 Disember 2019
Kinabatangan : Program ‘Back to School’ siri kedua hasil kerjasama PAS Kawasan Kinabatangan dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Dewan Muslimat PAS kawasan telah selesai dilaksanakan hari ini di SRITI Kota Kinabatangan sebelum tahun 2019 melabuhkan tirainya.
Acara tahunan ini dianjurkan untuk meraikan penerima yang akan memulakan sesi pembelajaran dari pra sekolah sehingga sekolah menengah bagi meringankan beban ibu bapa mereka dalam menyediakan keperluan asas persekolahan.
Jumaidin Lakalla, Penyelaras DUN Kuamut dalam ucapan perasmian berpesan kepada semua penerima agar belajar bersungguh-sungguh disekolah supaya dapat diamalkan dan dimanfaatkan ilmu tersebut untuk masa depan diri, keluarga, masyarakat dan agama.
“Allah menggambarkan Ilmu Allah itu terlalu luas dan banyak untuk kita pelajari, seperti yang dicatatkan dalam surah al-kahfi, sekiranya lautan dijadikan tinta untuk menulis kalimat Allah, nescaya tidak akan mencukupi meskipun ditambah lagi.” Katanya.
Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma yang mewakilkan kepada kami untuk membantu para penerima.
Hadir bersama pada program ini, Abdul Aziz bin Baitul Makmur, Ketua Pemuda PAS Kawasan Kinabatangan, Salmiati Sulta, Ketua Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan dan barisan Ahli Jawatankuasa serta ahli PAS Kinabatangan.