Home Berita PAS Perak

Amilin PAS Bukit Gantang : Ayam dan Kambing Panggang Sumber Rezeki

952
SHARE

Oleh : Ez

TAIPING : Sesiapa yang berkunjung ke Bukit Gantang jangan lupa singgah seketika di Gerai Ayam dan Kambing Panggang herba yang terletak di Air Kuning , Taiping (Berhadapan Markaz PAS Negeri Air kuning ).

Apa yang istimewa di gerai ini ialah mereka menyajikan resepi ayam dan kambing panggang secara herba yang sememangnya belum pernah lagi didengari dari mana-mana tempat. Keunikan cara memanggang membuatkan rasanya lebih enak.

Menurut pemilik Gerai Ayam dan Kambing Panggang Herba , Encik Azlan Bin Ariffin , 55 untuk bulan Ramadan ini gerai beliau dibuka mulai pukul 3 petang hingga 7 malam.

Azlan berkata, sebelum membuka gerai tersebut di lokasi sekarang beliau pernah membuka gerai sedemikian di RnR Simpang sebelum mengambil keputusan membuka di lokasi sekarang disebabkan keadaan isteri beliau yang sakit dan memerlukan penjagaan rapi.

Katanya lagi, sajian ayam dan kambing panggang herba merupakan hidangan eksklusif di gerai miliknya .

Bapa kepada 7 cahaya mata menyatakan rasa beruntung kerana mempunyai anak yang setia membantu beliau di gerai.

Kepada orang ramai yang ingin merasa kelazatan Ayam dan Kambing panggang herba tersebut boleh datang di gerai tersebut yang dibuka di Air Kuning dibuka setiap hari di bulan Ramadan dari pukul 3 petang hingga 7 malam.