Home Kenyataan Media PAS Pahang

Ateisme Adalah Kufur Menurut Kaca Mata Islam

1589
SHARE

Kehidupan beragama adalah satu tuntutan. Agama lah yang mengajar manusia akan kewujudan Tuhan. Tanpa agama manusia tidak akan mengenal Tuhan yang satu yakni Allah.

Sedangkan Ateisme bukan satu agama tetapi merupakan satu bentuk kepercayaan yang menafikan kewujudan Tuhan. Orang yang menganut fahaman ini dianggap tiada agama.

Hidup tanpa agama akan menyebabkan seseorang itu hidup tanpa tujuan dan matlamat bahkan sesat dan kufur. Manusia yang menggunakan akal semata mata tanpa dipandu oleh agama akan terpesong dari landasan yang sebenar.

Agama yang diterima disisi Allah hanyalah Islam berdasarkan firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 19:

إن الدين عند الله الإسلام

Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah hanyalah agama Islam.

Justeru, sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agama maka binasalah ia. Perkara ini ditegaskan Allah:

ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الآخرة من الخاسرين

Sesiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka agamanya itu tidak akan diterima oleh Allah dan dia di akhirat nanti termasuk dari kalangan orang orang yang rugi. (ali Imran 85)

Sedangkan mencari agama selain dari Islam pun dilarang oleh Allah…inikan pula hidup tanpa agama!!! Sudah tentu dimurkai Allah.

Fahaman Ateisme yg sedang menular di kalangan masyarakat melayu hari ini bukan isu kecil yang perlu dikesampingkan. Tetapi ia adalah isu besar yang membahayakan generasi umat Islam kini. Ia bukan sahaja bercanggah dengan perlembagaan negara bahkan menyempang dari ajaran Islam serta boleh memesongkan aqidah yang membawa kepada kufur dek kerana menafikan kewujudan Allah.

Tindakan tegas perlu diambil bagi membendung gejala ini, bukan membela dan mempertahankan mereka. Jika tidak ia akan menjadi kumpulan yang besar dan membarah sehingga sukar ditangani nanti.

Sekian sekilas pandangan.

Shahril Azman Abd Halim
YDP Kuala Krau
27/11/17