Kuala Lumpur – Assabiqun Wilayah Persekutuan membuka lembaran baru tahun 2018 dengan program Usrah dan mahabbah bersama Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di Pejabat Agung, Jalan Raja Laut, 27 Januari yang lalu.
Turut hadir ialah Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Hj Subky Latif, Pengerusi Assabiqun dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat
TG Presiden berkesempatan menjelaskan pentingnya peranan As-Sabiqun dalam menghadapi PRU14 ini. Di samping itu beliau menghuraikan panjang lebar sejarah penglibatan As-Sabiqun awal daripada kalangan para sahabat di zaman Rasulullah SAW ketika berjuang menegakkan Islam di Mekah dan Madinah.
Jasa-jasa para As-Sabiqun awal banyak tercatat di dalam al Quran dengan beberapa huraian tafsir yang beliau bentang untuk iktibar kita sekarang, tegas beliau lagi.
Dalam kesempatan itu juga beberapa Ketua-ketua Assabiqun dari kawasan-kawasan Johor, Perak dan Selangor turut hadir bersama.