Home Berita PAS Selangor

Artikel : Palestin perjuangan di medan hadapan – Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

69
SHARE

May be an image of ‎text that says "‎قلسمطين PALESTIN sokong PALESTIN RIBAT DI MEDAN HADAPAN OLEH: USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM‎"‎

“Bingkisan Rida Di Bahu” | Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

PALESTIN : PERJUANGAN DI MEDAN HADAPAN

Oleh : Ustaz Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

Firman Allah swt, surah Al Jumua’h ayat 6,

قُلۡ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ هَادُوۤا۟ إِن زَعَمۡتُمۡ أَنَّكُمۡ أَوۡلِیَاۤءُ لِلَّهِ مِن دُونِ ٱلنَّاسِ فَتَمَنَّوُا۟ ٱلۡمَوۡتَ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِینَ

Maksudnya, “..Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai orang-orang yang berugama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!..”

Umat Islam dan dunia mengetahui bahawa peranan Zionis Yahudi Israel ini dalam usaha mereka menguasai Palestin dan dunia seluruhnya. Ia bukanlah satu rahsia lagi, pendedahan dan terbongkarnya perancangan sulit zionis antarabangsa sejak tahun awal 1900 oleh pihak Polis Rahsia Rusia.

Terdapat puluhan perancangan yang dinamakan Protokol Zionis yang mengandungi taktik dan strategi Zionis Yahudi untuk menguasai dunia dan ini tidak pernah dinafikan oleh Zionis Yahudi.

Antara yang penting dalam perancangan dan protokol berkenaan ialah bagaimana mereka merancang dan berusaha ke arah untuk memastikan pemimpin dunia mengikut telunjuk mereka. Mereka secara halus mencampuri urusan sesebuah negara sehingga berjaya memastikan pemimpin negara berkenaan dilantik di kalangan orang yang tunduk kepada kehendak mereka.

Protokol Yahudi juga antara lain mencipta pelbagai ideologi dan aliran pemikiran untuk merosakkan pegangan agama dan budaya sesebuah masyarakat dan bangsa. Idea hak asasi yang pincang, persamaan gender diluar fitrah dan pelbagai isme aliran pemikiran adalah hasil ciptaan mereka disebarkan keseluruhan dunia yang mengancam pegangan agama dan budaya tanpa mengira Islam termasuklah Kristian, Buddha, Hindu dan selainnya.

Begitu juga protokol mereka untuk menguasai media samada media cetak mahupun media elektronik. Sejak sekian lama agensi berita dunia dan selainnya adalah sekutu mereka yang membawa mesej ke seluruh dunia. Kini dengan media sosial dicipta penuh dengan propaganda dan mesej tersirat dan tersurat terkandung perancangan dan peranan mereka untuk mendoktrinkan pemikiran manusia ke arah idea mereka.

Gerakan Freemason adalah satu gerakan zionis yang sangat sulit bertaraf dunia yang bergerak menghimpunkan golongan cendekiawan, elit, pemimpin dan pakar pelbagai bidang dalam menggerakkan idealisme zionis dan mengawal sesuatu kepentingan pelbagai sudut seperti kewangan antarabangsa, bank dunia, persenjataan dan juga politik.

Protokol Zionis juga antara lain memainkan peranan di sebalik tabir bagi memburukkan golongan ulamak dan agamawan sebagai satu usaha mereka agar masyarakat menjauhi dan mengkesampingkan golongan ini daripada berfungsi sebagai rujukan dan bimbingan kepada masyarakat. Pelbagai tohmahan dan pembunuhan karektor direkayasa agar golongan ini bukanlah tempat yang terbaik buat manusia mendapat ilmu dan pendapat. Akhirnya manusia beralih kepada golongan yang jahil dan fasik sebagai idola dan rujukan. Sasaran mereka ialah merosakkan semua agama termasuk Agama Islam dan mereka inginkan agama Yahudi sahaja wujud di atas muka bumi ini.

Dan banyak lagi perancangan dan idea Protokol Zionis Yahudi ini terhadap umat sejagat dan hampir berjaya usaha mereka sehingga sebahagian besar negara Eropah berjaya dikuasai mereka dan begitulah juga negara kuasa-kuasa besar dunia.
Namun, Islam sahaja yang mereka masih bertarung dan berhempas pulas untuk membinasakannya tetapi kekal utuh dan teguh kerana Islam ini dipelihara oleh Allah dan umatnya memiliki kekuatan atas pertolongan Allah swt.

Kini, pusat kekuatan dan ketumbukan zionis Yahudi ini berpengkalan di negara Palestin yang dijajah. Di sinilah mereka berhasrat untuk menjadikan sebagai negara haram mereka, merampas tanah suci umat Islam dan menguasai tanah ibu dunia atas kepercayaan mereka sebagaimana Islam iaitu tanah suci Mekah, Madinah dan Palestin. Lambang pada bendera Zionis Yahudi itu sendiri mengandungi rahsia protokol mereka iaitu penguasaan tanah antara Sungai First dan Sungai Nil.

Sebab itu perjuangan rakyat Palestin dan sokongan dokongan kita kepada perjuangan mereka bukan sekadar untuk mengembalikan Tanah Palestin Yang Dijajah dan menubuhkan negara Palestin. Akan tetapi ialah mempertahankan Islam, dunia dan umat manusia seluruhnya daripada kejahatan Zionis Yahudi yang penuh dengan perancangan halus dan licik daripada dihancurkan oleh mereka.

Sahabat kita yang berjuang di Palestin kini adalah RIBAT atau FRONTLINERS di barisan hadapan dalam berhadapan dengan musuh umat manusia dan Islam iaitu Zionis Yahudi Israel.

Semoga Allah memelihara Palestin, mengurniakan kekuatan kepada pejuang mereka dan diganjari mereka dengan sebaik-baik ganjaran.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor