Home Berita PAS Perlis

ARC Perlis Gempur DUN Indera Kayangan

821
SHARE

 

KANGAR: Pada 10 Jun 2017, Alternative Riding Club (ARC) Perlis telah mengadakan program ‘Gempur DUN Indera Kayangan’ iaitu program penerangan dan edar risalah ‘PAS Pilihanku’ yang diterbitkan oleh Lajnah Penerangan DPPNPs, bertempat di Bazar Ramadhan Taman Kemajuan, Kangar. 

Aktiviti yang bermula sekitar jam 5.30 petang itu mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat setempat, terutamanya golongan muda dan para pengunjung serta peniaga bazar.

Tujuan aktiviti ini dilaksanakan ialah untuk menyampaikan maklumat yang jelas mengapa rakyat perlu memilih PAS dalam PRU-14 akan datang.

Saudara Irzan Asyraf, Bendahari DPPNPs dan Saudara Haziq Dun, Ketua Lajnah Penerangan DPPNPs adalah antara pimpinan DPPNPs yang turut serta dalam program berkenaan.

Menurut Saudara Haziq Dun, aktiviti edaran risalah ini merupakan sebahagian daripada gerak kerja penerangan DPPNPs dalam menghadapi PRU-14. Tambah beliau, PAS sudah bersedia dan berada dalam kondisi yang terbaik untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa sahaja.

{jathumbnail off}