Home Artikel PAS Perak

ARC benteng ulamak, pertahankan Islam

134
SHARE

May be an image of 2 people, people standing and indoor

TAPAH, 1 Mei: “Demi kerana Allah, ahli ARC Perak dinasihatkan untuk meletakan program yang disusun oleh jemaah sebagai keutamaan, semata-sama menyahut panggilan ukhuwah antara sesama ahli jemaah,” tegas Ustaz Hafez Sabri semasa berucap dalam majlis Iftar ARC Alternative Riding Club Peringkat Negeri Perak, di Markaz Tarbiah PAS Tapah Jalan Bidor semalam.

Penegasan meletakan ‘wajib’ dahulukan program jemaah bertujuan menjadikan ARC sebagai benteng kepada para ulamak untuk mempertahankan Islam.

May be an image of 2 people, people standing, people sitting and indoor

Motosikal yang digunakan untuk ke ziarah tempat-tempat perjuangan Islam dengan bertujuan mengambil ‘ibrah seerah’ sahabat yang bernama Miqdad iaitu penunggung kuda yang cekap dan terlatih yang mengambil tahu akan keselamatan baginda Rasulullah SAW.

“ARC bukan sekadar kelab motor, tapi kita adalah kelab motor yang sentiasa mengingati Allah SWT dan Rasulullah SAW dan inilah yang membezakan kita dengan kelab motor yang lain,” tambah beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Perak.

May be an image of 1 person, standing and indoor

Turut hadir bersama Pengarah ARC Perak, Ustaz Khusaini, AJK Harian PAS Tapah dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran 70 orang ahli ARC yang berdaftar dengan pelbagai jenis motosikal dari seluruh negeri Perak.
May be an image of 1 person, standing, motorcycle, tree and grassMay be an image of 1 person, sitting and indoor