Home Artikel PAS Perak

JPKK digesa laksana tugas dengan lebih cekap

80
SHARE

Oleh Abu Hakam

Padang Rengas – Jawatankuasa Harian PAS Padang Rengas telah mengadakan program sembang santai serta iftar bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) PAS Padang Rengas.

Lebih 25 orang ahli JPKK yang hadir bagi memeriahkan majlis yang dianjurkan di Badan Khidmat Masyarakat At-Taif (PAKAT), Kota Lama Kiri.

YDP PAS Padang Rengas, Tuan Sukeri Mat Amin menyatakan bahawa JPKK merupakan wakil PAS yang berperanan menolong dan membantu masyarakat bukan sahaja perkara berbentuk fizikal seperti membaiki jalan, gotong-royong dan lain-lain, malah JPKK perlu memainkan peranan untuk mengajak masyarakat mendekatkan diri dengan Allah.

“Kita mesti berperanan untuk mengajak masyarakat bersolat,menyeru pergi menuntut ilmu dan lain-lain supaya masyarakat faham peranan PAS bukan politik semata-mata tetapi juga sebagai medan dakwah,” tambahnya lagi.

Sesi sembang santai antara ahli JPKK dan AJK Harian PAS Kawasan itu bertujuan untuk mengenalpasti dan mendengar luahan serta pandangan ahli JPKK sepanjang menyantuni dan memenuhi keperluan bagi menyelesaikan masalah masyarakat setempat.

Turut hadir, wakil Ahli Majlis Daerah Kuala Kangsar, Mohamad Azalan Bin Mohamad Radzi yang menjelaskan setiap ahli JPKK perlu memahami aturan serta cara kerja dengan lebih cekap supaya setiap kerja yang dilakukan tersusan dan kemas serta lebih efektif.

“Anda semua perlu bersama-sama bekerja tanpa memilih fahaman politik, pastikan masalah di kampung dapat diatasi dan jalankan tanggungjawab yang diamanahkan”,katanya.