Home Artikel PAS Pusat

Aplikasi SkimPAS diperkenal Khusus untuk Perunding SkimPAS

417
SHARE

Kuala Lumpur: Seramai 40 orang peserta yang mewakili Parlimen dalam Wilayah Persekutuan dan Selangor telah menghadiri Kursus Asas Pencarum SkimPAS Kawasan (KAPSK) di Hotel Tune PWTC semalam, 15 Ogos 2020.

Kursus selama 8 jam tersebut telah diadakan untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang penggunaan Sistem Aplikasi SkimPAS bagi melancarkan gerak kerja para perunding.

“Aplikas SkimPAS ini akan memberikan kemudahan kepada para peunding terutama dalam proses pendaftaran pencarum”, jelas Pengarah SkimPAS Pusat yang juga Timbalan Pengerusi 4 Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP), Haji Abdul Razak Mohamed.

Majlis diakhiri dengan penyerahan Sijil Penyertaan kepada semua peserta yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat LKKPP, Haji Mohd Yusop Abdul Hamid.

Turut hadir dalam Kursus tersebut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Wilayah Persekutuan (LKKWP), Haji Abu Bakar Sidek.