Aplikasi Kebajikan Menyambut Ramadhan
PADANG RENGAS: Tidak lama lagi umat Islam bakal menyambut Ramadan maka PAS Kawasan Padang Rengas menampilkan cara tersendiri untuk menyambut ketibaan bulan Ramadan yang penuh keberkatan itu.
Melalui Lajnah Kebajikan, PAS Kawasan Padang Rengas mengadakan program ziarah dengan penyampaian bantuan beras, minyak dan barang keperluan dapur kepada asnaf fakir miskin.
Bantuan disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Rengas, Dr Mohamad Azalan Radzi kepada 5 buah keluarga.
Program pada 21 Mei itu adalah satu usaha PAS Kawasan Padang Rengas mengaplikasikan nilai kebajikan yang sentiasa menjadi keutamaan PAS.
Program kebajikan seumpama itu adalah nadi bagi PAS walaupun bukan berada dalam bulan Ramadan.
{jathumbnail off}