Home Artikel PAS Perak

Jabatan AMAL Prihatin Kebajikan Masyarakat Setempat

664
SHARE

Jabatan AMAL Prihatin Kebajikan Masyarakat Setempat


LENGGONG : Jabatan AMAL dan PAS Kawasan Lenggong bekerjasama dengan penduduk Kampung Gelok dalam aktiviti gotong-royong membina rumah Faizal Zaki, 21 Mei lalu.

Faizal Zaki, 33 tahun, bekerja kampung merupakan anggota AMAL yang komited dengan aktiviti dan program anjuran PAS khususnya di kawasan Lenggong menyatakan rasa terima kasih di atas keprihatinan Jabatan AMAL dan PAS Lenggong dalam menjaga kebajikan anggotanya.

Menurut Faizal, beliau bersama ahli keluarganya terdekat membina rumah kediaman secara berperingkat-peringkat mengikut kadar kemampuan.

Faizal bersama isteri dan seorang anak perempuan sekarang ini menetap di rumah papan bersebelahan tapak rumah yang sedang dibina sehinggalah selesai pembinaan rumah mereka.

Aktiviti gotong-royong yang disertai oleh lebih 20 orang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Lenggong Ustaz Muhammad Rif’aat Razman dan Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Saudara Daud Talib.

Rifaat berkata, PAS Lenggong bertekad untuk mempergiatkan aktiviti kebajikan ke segenap lapisan masyarakat di dalam Parlimen Lenggong.

{jathumbnail off}