Keputusan PRK Padang Serai semalam amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia sekaligus memberi isyarat yang jelas kepada kerajaan PH bahawa gabungan bersama BN ini tidak direstui rakyat.
Pada PRU-14 yang lalu, PH memenangi parlimen ini dengan majoriti 8813 undi menewaskan calon PAS dan BN.
Namun penolakan kali ini sangat hebat, walau PH bersama BN, mereka ditolak dengan 2 kali ganda majoriti undi berbanding kemenangan pada PRU-14 apabila calon PN berjaya merampas Padang Serai dengan majoriti 16260 undi.
Tahniah rakyat Kedah khususnya pengundi Padang Serai yang berani memberi “tamparan” padu kepada kerajaan PH-BN.
Begitu juga yang berlaku di DUN Tioman yang didakwa sebagai kubu UMNO-BN sejak dulu lagi, pada PRU-14 mereka mengalahkan PAS dan PKR dengan majoriti 1280 undi.
Namun semalam kubu mereka ini hampir runtuh apabila calon BN menang hanya dengan majoriti tipis iaitu 573 undi sahaja walaupun bersama PH.
Senario pasca pembentukan kerajaan PH Anwar Ibrahim – Zahid Hamidi ini kelihatan jelas bahawa rakyat tidak boleh menerima gabungan ini.
Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, agar gelombang rakyat ini mesti terus dipamerkan dalam Pilihanraya Negeri (PRN) yang akan diadakan beberapa bulan lagi.
Pertahankan 3 kerajaan PAS sekarang iaitu Kelantan, Terengganu & Kedah, dan insyaallah kita rampas negeri pentadbiran PH & BN yang lain supaya mereka sedar kepimpinan mereka ini tidak diterima.
Insyaallah Perikatan Nasional (PN) sebagai barisan pembangkang di Dewan Rakyat akan konsisten bertindak sebagai semak dan imbang kepada kerajaan “Guru & Murid” ini.
USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan