Home Kenyataan Media PAS Wilayah

PAS WP MENYOKONG USAHA MEMBENTANGKAN PINDAAN RUU355

432
SHARE

1. PAS Wilayah Persekutuan menyambut baik kenyataan Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar untuk meneruskan usaha memperkukuhkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

2. Difahamkan, Draf pindaan kepada akta berkenaan yang dirujuk sebagai Rang Undang-Undang (RUU) 355 sudah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara dan sepatutnya dibentangkan semasa persidangan Dewan Rakyat pada hujung Oktober 2021 namun terbantut susulan pembubaran Parlimen.

3. Justeru, PAS Wilayah Persekutuan beranggapan adalah amat wajar proses pindaan RUU 355 ini diteruskan hingga berjaya agar mahkamah syariah dapat diperkasakan bagi menghakimi kes-kes jenayah berkaitan agama Islam.

4. Dalam urusan memartabatkan kedudukan agama Islam, PAS WP menyokong sesiapa sahaja yang ikhlas dan bersungguh-sungguh melaksanakannya. Bagi PAS WP, isu mendaulatkan agama Islam tidak wajar dijadikan agenda politik mana-mana pihak. Agenda Islam bukan milik PAS semata-mata, tetapi ia adalah semua umat Islam khususnya kerajaan yang memerintah.

5. PAS WP juga mengharapkan
pindaan dan pembentangan RUU 355 dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang halangan politik atau sekatan dari pihak tertentu.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan