Home Berita PAS Terengganu

Anwar perlu tumpu masalah rakyat, bukan sekadar bercakap

18
SHARE

SHAH ALAM, 21 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberikan sepenuh perhatian untuk menangani pelbagai masalah dalam negara dengan perancangan teliti bukan hanya sekadar bercakap dan berjanji.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jika pihak kerajaan Persekutuan tidak fokus kepada masalah kesannya rakyat akan menderita.

”Bukan (juga) terbang (mengadakan lawatan) ke sana ke mari, sekejap Amerika, sekejap Dubai, ke Arab Saudi, ke China (maka) tidak akan ada solusi bagi menangani pelbagai isu diharapi rakyat.

”Kena duduk dan tengok masalah dihadapi rakyat bukan hanya berkata-kata ini dilihat kalau bercakap (bohong), lembu pun boleh terbang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ceramah 4 Menteri Besar, pada Muktamar Tahunan PAS kali Ke-69, di sini, semalam.

Tegas Ahmad Samsuri, apa yang perlu disedari tugas memimpin negara perlu dibuktikan dengan pelaksanan serta perancangan yang tuntas.

”Kalau hendak memerintah negeri hanya melalui percakapan, baik dicari orang yang boleh duduk bersembang di kopi tidak perlu melakukan apa-apa.

”Tetapi tugas memeritah negeri dan negara kena duduk berbincang dan melaksanakan segala apa yang telah dijanjikan bukan hanya sekadar berjanji.

”Segala perkara akan menjadi mudah sahaja, tetapi kerana banyak sangat dalam kepala (pemikiran) yang hendak dibuat (Anwar) sampai tidak boleh buat apa, maka akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat,” ujarnya lagi.