Home Berita PAS Selangor

Antara Orang Yang Mencari Kesalahan Dan Orang Yang Tidak Bersalah – Bingkisan Rida’ Di Bahu | Dewan Ulama PAS Negeri Selangor

551
SHARE

Oleh : Ustaz Muhammad Najhan Halim

Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 217,

یَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلشَّهۡرِ ٱلۡحَرَامِ قِتَالࣲ فِیهِۖ قُلۡ قِتَالࣱ فِیهِ كَبِیرࣱۚ وَصَدٌّ عَن سَبِیلِ ٱللَّهِ وَكُفۡرُۢ بِهِۦ وَٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ وَإِخۡرَاجُ أَهۡلِهِۦ مِنۡهُ أَكۡبَرُ عِندَ ٱللَّهِۚ وَٱلۡفِتۡنَةُ أَكۡبَرُ مِنَ ٱلۡقَتۡلِۗ

Maksudnya, “.. Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). .”.

Firman Allah swt dalam ayat ini mengisahkan peristiwa yang begitu besar dan signifikan dalam sejarah Islam serta kaitan pada masa kini.

Benarlah apa yang dikatakan bahawa sejarah ini berputar dan orangnya dalam sejarah walaupun sudah tiada, wataknya tetap kekal sehingga hari kiamat.

Ayat diturunkan oleh Allah mengisahkan peristiwa berkaitan satu kumpulan sahabat yang diutuskan oleh Baginda Nabi saw melaksanakan satu misi rahsià yang penting.

Kumpulan itu diketuai oleh Abdullah ibnu Jashy Al Asady bersama 6 orang lain. Rasulullah saw menyerahkan surah arahan kepada Abdullah dan diperintahkan agar surat tersebut tidak dibuka sehinggalah sampai di satu lokasi bernama Nakhlah.

Ketika sampai lalu dibaca arahan surat tersebut, Abdullah berkata kepada sahabat yang lain bahawa Baginda Nabi saw mengarahkan mereka untuk turun di Lembah Nakhlah dan di situ mereka terserempak dengan 3 orang musyrikin dan dikatakan bahawa telah berlalu bulan Jamadil Akhir dan masuk bulan Rejab.

Berlakulah pertembungan yang menyebabkan salah seorang Musyrikin terbunuh dan ditawan 2 orang lagi bersama harta rampasan.

Ketika mereka pulang ke Madinah, golongan musyrikin mula menempelak Baginda Nabi saw dan para sahabat dengan dakwaan bahawa Baginda saw yang bersetuju bulan diharamkan berbunuhan iaitu Rejab tetapi Muhammad saw dan sahabatnya juga melanggari perintah tuhan dan persefahaman ini.

Sedangkan golongan muslimin mendakwa bahawa ia bukanlah bulan Rejab tetapi kejadian itu berlaku masih pada bulan Jamadil Akhir.

Allah pun menurunkan ayat ini dengan menuduh kejahatan puak Musyrikin yang memusuhi Islam, memerangi umat Islam yang ingin beribadah melaksanakan perintah Allah dan kufur ajaran Allah itu lebih besar dosanya daripada berbunuhan di bulan haram yang dipertikaikan oleh puak Musyrikin itu.

Ayat ini mengingatkan juga tentang hal isu kuarantin ini. Yang paling lantang dan kuat bersuara serta menulis di Media Sosial ini ialah DAP dan khadamnya.

Mereka hanya ingin mencari ruang kesalahan yang boleh dipersalahkan ke atas orang lain. Mencari apa sahaja titik kecil yang boleh diperlihatkan dan dilambung untuk dipersalahkan.

Walaupun perbuatan itu tidak bersalah dan didapati tiada pelanggaran undang-undang, mereka sengaja gembar-gemburkan dan mengeksploitasi serta mensensasikan isu agar seseorang itu tetap dipandang bersalah. Permainan perspektif adalah kepakaran DAP.

Apa sahaja keputusan dan jawapan yang diberikan, DAP dan khadamnya tetap sampai bila-bila pun tidak akan menerimanya.

Ini kerana mereka bukannya ingin memperjuangkan kebenaran, mereka hanya ingin cari mangsa untuk dipersalahkan. Disebabkan PAS dan pemerintahan Perikatan Nasional membuktikan banyak kejayaan sehingga DAP dan PH tiada ruang hujah untuk menafikannya.

Kenyataan Peguam Negara pada hari ini bahawa Dr Khairuddin didapati tidak melanggari perintah kuarantin kerana tiada arahan diberikan kepada beliau supaya kuarantin. Dalam bahasa undang-undang, tiada kes dan tidak cukup bukti untuk disabitkan kesalahan.

Maka tiadalah isu bahawa beliau melanggarnya. Beliau telah didapati tidak bersalah dari sudut undang-undang.

Kita usah lupa kesalahan PH dan DAP begitu besar dan jangan sampai dosa dan kejahatan mereka dahulu selama 22 bulan. Bagaimana agaknya kalau PH ini memerintah 22 tahun?

Yakinlah, apa sahaja keputusan Peguam Negara mahupun pihak Polis berkenaan isu Dr Khairuddin, ia tetap tidak akan diterima oleh DAP dan khadam mereka. Apa yang mereka inginkan hanya untuk menutup kesalahan besar mereka yang dilakukan terhadap rakyat dan negara ini. Yang terbaharu, ada pemimpin DAP cuba memprovokasi dan mencipta propaganda terhadap sistem di-Raja negara kita dengan kesempatan gelombang rakyat di negara jiran.

Tambahan pula Dr Khairuddin diantara Menteri Kerajaan PN lantikan daripada PAS yang berjaya membuktikan kemampuan dalam kerajaan. Ini dicemburui oleh mereka.

InsyaAllah, Allah tetap bersama mereka yang benar. Terimalah rangkap pantun daripada Dewan Bahasa dan Pustaka,
“Kalau kita tidak bergalah,
Jangan takut membentang kajang,
Kalau kita tidak bersalah,
Jangan takut ditentang orang.”

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

Penulis adalah Pengarah Pilihanraya Dewan Ulama PAS Pusat merangkap Setiausaha Dewan Ulama PAS Negeri Selangor.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor