Home Artikel PAS Wilayah

Usaha Naik Taraf Taman Rekreasi Pekan Batu

460
SHARE

BATU : Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 3 Pekan Batu, Hishamuddin Ghazali telah mengajukan aduan untuk menaiktaraf gelanggang futsal dan taman permainan kanak-kanak di sekitar Pekan Batu kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), baru-baru ini.

Dalam tinjauan beliau bersama Pengerusi Penduduk PPR Pekan Batu, Sidambaram dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga PPR Pekan Batu, Mohd Nor, mendapati keadaan gelanggang futsal tersebut merbahaya untuk digunakan kerana lantainya telah pecah serta pagar yang sudah tertanggal.

Alat-alat permainan di taman permainan kanak-kanak juga kebanyakannya sudan rosak serta tapak taman yang tidak rata boleh menyebabkan kanak-kanak kecil mudah terjatuh.

Dalam pertemuan itu, pihak KRT PPR Pekan Batu telah menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama yang penuh dalam mengawal pergerakan penduduk sepanjang proses pembaikian dan penaiktarafan dilakukan.

Sebarang aduan berkaitan masalah penduduk Pekan Batu boleh disalurkan kepada http://www.wasap.my/60193200481/AduanPekanBatu