Home Berita PAS Terengganu

ANMS beri impak baik buat rakyat Terengganu

23
SHARE

SETIU – Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dilihat memberi impak positif kepada rakyat negeri ini dalam membudayakan kehidupan sihat dan sejahtera.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata kerana itu kerajaan negeri memberikan kerjasama baik kepada Kementerian Kesihatan Malaysia yang berjaya melaksanakan program ini melalui Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

“Program pada pagi ini merupakan kesinambungan daripada program Jelajah ANMS Peringkat Terengganu yang telah diadakan pada 2 sehingfa 3 Ogos 2024 yang lepas.

“Program ini telah mendapat sambutan yang baik darilada seluruh masyarakat di Negeri Terengganu dan sebanyak 25 agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta telah dilantik sebagai rakan strategik ANMS Terengganu di bawah seliaan Jabatan Kesihatan negeri.

“Komitmen yang jitu antara agensi kerajaan, NGO, pihak swasta san seluruh masyarakat di Terengganu ini telqh menunjukkan agenda sihat ini menjadi keutamaan merentas sektor yang perlu digalas bersama dalam usaha memastikan pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran menyokong kepada amalan cara hidup sihat dapat dilaksanakan secara komprehensif,” ujarnya.

Beliau berkata demikian Program ANMS dan Santuni Madani, di Kampung Tanjung Gelam Mengabang Telipot, di sini, hari ini.

Turut bersama, Ketua Pengarah Perancangan Banda dan Desa (PLANMalaysia), Dr Alias Rameli.

Mengulas lebih lanjut, Wan Sukairi berkata program seumpama itu perlu diperluas dan dipelbagaikan terutama dalam pelbagai aspek dan perlu disokong seluruh rakyat bagi mencapai kesejahteraan kesihatan secara holistik.

“Kerajaan Negeri Terengganh sangat memandang serius berkaitan aspek kesihatan.

“Kesihatan perlu dijadikan satu keutamaan dalam masyarakat kerana ia merupakan kekayaan sebenar yang tidak ternilai harganya bukan sahaja kepada individu, malah kepada komuniti dan negara.

“Saya percaya, masyarakat yang sihat merupakan aset penting dalam proses pembangunan ke arah mencapai status negara maju secara holistik yang tertumpu kepada aspek fizikal, sosial dan kerohanian serta alam sekitar,” ucap beliau.