Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Anak Terjaga, Ibu Bahagia

50
SHARE

Oleh: Natrah Mohamed

SHAH ALAM, 19 Oktober – Comel dan ceria anak-anak di nurseri sepanjang Muktamar Muslimat PAS berlangsung.

Nurseri kelolaan TASTI Malaysia telah memudahkan dan menyenangkan ibu bapa yang menghadiri muktamar Muslimat dan Pemuda yang diadakan serentak di lokasi yang sama.

Seramai 55 anak-anak kecil seawal usia 6 bulan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh petugas TASTI Malaysia sejak malam tadi dan juga pagi ini.

Pagi ini, anak-anak diajar teknik menggosok gigi serta diperiksa gigi mereka oleh doktor gigi dari Skuad Sihat, Lajnah Kesihatan.

Pastinya satu pengalaman berharga dan anak-anak sangat memberikan kerjasama dan suasana meriah.

Ribuan terima kasih diucapkan buat petugas TASTI dan Skuad Sihat yang membantu menceriakan anak-anak sekaligus membahagiakan hati ibu ayah.