Home Berita PAS Perlis

Anak PASTI jadi ‘Duta Perpaduan’

114
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 6 Feb: PASTI Al Furqan, Arau hari ini telah mengadakan Program Santuni Kaum Cina bersempena dengan kedatangan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Program berkenaan diadakan di Taman Pauh Indah, Arau dan melibatkan sebanyak 20 buah rumah.

Apa yang menarik, murid-murid PASTI turut terlibat dalam sesi serahan hamper kepada para penduduk yang disantuni.

Menurut Guru PASTI, Cikgu Teh Embun Kamis, seramai 15 orang murid PASTI Al Furqan telah menyertai program berkenaan.

“Kesemua mereka yang menjadi ‘Duta Perpaduan’ pada hari ini adalah para pelajar PASTI yang berusia 6 tahun.

“Apa yang kami lakukan pada hari ini merupakan sebahagian daripada usaha memasyarakatkan PASTI dan Alhamdulillah, sambutan daripada para penduduk yang ditemui amatlah baik,” katanya.