Home Berita PAS Negeri Sembilan

Anak muda perantau sahut seruan ‘Nismilan Kito Ubah’

37
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

JEMPOL, 11 Ogos : Anak muda perantau berpusu-pusu pulang ke Negeri Sembilan untuk mengubah tampuk kepimpinan kerajaan Negeri Sembilan.

Ini selaras dengan slogan yang dibawa oleh Perikatan Nasional Negeri Sembilan iaitu “Nismilan Kito Ubah”.

Menurut Irfa Zulkefli (31), beliau yang sekarang menetap dan bekerja di Iskandar Puteri akan pulang mengundi di DUN Labu untuk merubah kerajaan Negeri Sembilan.

“Mengundi merupakan satu tanggungjawab wajib bagi seorang rakyat yang hidup dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

“Walau dengan hanya satu undian daripada saya, ia boleh menjadi penyebab kepada terhalangnya untuk menaikkan pemimpin yang korupsi dan tidak amanah”, jelas Irfa.

Tambah Irfa lagi, Negeri Sembilan merupakan negeri yang penuh adat.

“Negeri Sembilan perlu lebih giat menaikkan dan menonjolkan keistimewaan adat Negeri Sembilan sendiri.

“Saya akan mengundi Perikatan Nasional dalam PRN kali ini kerana PN merupakan parti gabungan dalam politik yang membawa perjuangan Agama, Bangsa dan Negara”, tambah Irfa.

Sementara itu, Hasanah Mohamad Muhsin (35) berkata akan balik mengundi di DUN Ampangan walaupun menetap di Kluang.

“Satu undi penting dalan penentuan pemilihan calon, saya juga pastikan adik beradik saudara balik mengundi.

“Saya mahukan Negeri Sembilan ke arah pembangunan bwlia dan rakyat mengikut Islam dan pentadbiran dipegang seluruh oleh Perikatan Nasional”, katanya.

Menurut Musalmah Adanan (30), inginkan perubahan kerajaan yang lebih mesra dengan semua lapisan masyarakat.

“Saya balik untuk menunaikan kewajipan sebagai rakyat, setiap undi sangat berharga.

“Setidaknya kita sudah berusaha memastikan pemimpin yang terbaik dilantik”, ujar beliau.

Musalmah yang merupakan seorang guru dan menetap di Klang bakal mengundi di DUN Paroi.

“Perikatan Nasional buat masa ini adalah gabungan terbaik untuk masyarakat. Menawarkan kerajaan yang bersih dan stabil.

“Satu langkah baharu dalam pentadbiran yang memang semenjak dahulu terpalit dengan pelbagai masalah berkait integriti dan rasuah”, katanya.