Kehadiran zaman teknologi dan informasi terutama media sosial yang digunapakai oleh rakyat khususnya anak-anak muda perlu dimanfaatkan oleh PAS Wilayah Persekutuan.
Berkata Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad bahawa golongan berusia 40 tahun ke bawah adalah pengguna media sosial ini khasnya di Wilayah Persekutuan.
“Golongan 40 tahun ke bawah mempunyai akses dan pengguna media sosial terutama di Wilayah Persekutuan.” katanya.
Oleh yang demikian, PAS Wilayah Persekutuan perlu memanfaatkan penggunaan media sosial ini bagi menarik sokongan rakyat kepada PAS.