Home Artikel PAS Wilayah

Sasarkan 5000 Ahli PAS Wilayah ke Fastaqim 2.0

162 views
SHARE

KAMPUNG PANDAN, 24 September 2017 – Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad menyeru seluruh ahli-ahli PAS Wilayah Persekutuan terutamanya anak-anak muda ke Fastaqim 2.0 pada 29 dan 30 September 2017 di Terengganu.

“Saya menyeru agar ahli PAS terutama anak-anak muda untuk turun ke Fastaqim yang akan diadakan pada 29 dan 30 September nanti.” katanya ketika merasmikan program Jelajah Rangsangan IT (JERIT) PAS Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Tambahnya lagi, PAS Kawasan-Kawasan juga menyediakan bas untuk ke sana dan mendapat sambutan yang menggalakkan. PAS Wilayah mensasarkan seramai 5000 orang ahli-ahli PAS Wilayah Persekutuan ke Fastaqim 2.0 nanti.

“Kita sasarkan seramai 5000 orang dan lebih lagi untuk turun ke Fastaqim 2.0 nanti” katanya lagi.

Selain itu, beliau tegaskan bahawa kehadiran ahli-ahli PAS ke Fastaqim dapat menafikan tomahan sama ada dari Umno-BN dan Pakatan Harapan (PH) terhadap PAS dengan menganjurkan program-program bagi mengalihkan dan menghalang perhatian rakyat terhadap Fastaqim 2.0 yang dianjurkan PAS sebagai “Gelombang Tsunami Hijau” ke arah Sejahtera Bersama Islam.