Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Anak Muda Dapat Banyak Manfaat Melalui Manifesto Malaysia Sejahtera

1551
SHARE


Anak Muda Dapat Banyak Manfaat Melalui Manifesto Malaysia Sejahtera

Gagasan Sejahtera (GS) telah berjaya melancarkan Dokumen Malaysia Sejahtera sebagai tawaran kepada rakyat dalam majlis pelancarannya di Putrajaya.

8 tawaran Gagasan Sejahtera khusus kepada anak muda yang merangkumi pelbagai aspek merupakan bukti Gagasan Sejahtera cakna dengan generasi bakal mencorak masa depan negara ini.

Inisiatif kukuh bagi membela dan membangun potensi anak muda Malaysia telah digariskan bermula isu kos sara hidup yang membelenggu anak muda hari ini sehingga pembinaan jati diri dan syakhsiah.

Antara tawaran Gagasan Sejahtera dalam meringankan beban anak muda ialah pelupusan hutang PTPTN, menurunkan harga rumah (RM 50k-RM180k) melalui program Mampu Memiliki Rumah.

Selain itu, Duti Eksais kenderaan pertama bagi 1300cc ke bawah akan dihapuskan manakala pemberian baucar RM 500 bagi pembelian motosikal pertama diperkenalkan untuk 150cc ke bawah juga .

Tawaran dalam pembangunan modal insan pula ialah melalui agenda memperhebat Anak Muda cakna agama & cinta negara.

Aspek keusahawanan anak muda juga turut diberi perhatian melalui pemberian insentif cukai Industri Kecil dan Sederhana(IKS) bagi sebarang pelaburan luar bandar. Selain turut membuka rancangan-rancangan pembangunan tanah khas anak muda.

“Justeru, Gagasan Sejahtera akan melancarkan manifesto peringkat kedua yang merangkumi tawaran mengikut 12 kelompok masyarakat.

“Menerusi 12 kelompok masyarakat ini, sebanyak 84 tawaran dikemukakan bagi menunjukkan kesediaan kita menghadapi PRU14”, kata Dato Tuan Ibrahim Tuan Man semasa majlis pelancaran berkenaan.”