Home Rencana PAS Selangor

Anak Malaysia tidak pernah rasis – Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

141
SHARE

May be an image of text that says "Hugh Lawrence Zehnder Yesterday at 7:59 pm Malaysia was last in the 100 meters heats for women. do not mind of her being last in the 100 meters heats but cannot tolerate is she dressed differently from the others. She was fully covered as if she was running during winter. If her religion prohibits her from dressing like the others it would be wise for her to drop the sport and concentrate on winning the Koran recital competition and let the non Malay represent the nation in the sport."

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Anak Sarawak graduan UITM ini ternyata seorang rasis yang mencemarkan nama baik Malaysia dan rakyatnya yang berbilang kaum dan agama.Kita tahu dan kenal majoriti saudara-saudara kita di Sarawak tidak begini.

Malaysia dibina di atas semangat muafakat dan tolak-ansur rakyatnya yang masing-masing hormat-menghormati dan menghargai kehadiran satu sama lain.

Sesama kita dari berbagai bangsa dan agama banyak berbeza, tetapi kita boleh hidup penuh toleransi, rukun dan damai sekian lama kerana kita terima dengan hati terbuka hakikat perbezaan itu dan menganggap Malaysia sebagai tanah tumpah darah kita.

Siapa sahaja yang bangkitkan perbezaan antara kita dengan menghina atau mempersendanya jelas bukan sebahagian dari kita malah beliau adalah seorang ektrimis dan rasis yang tidak ada tempat dalam negara tercinta ini.

Zehnder telah “delete” posting beliau itu. Tetapi dari postingnya yang lain jelas beliau pentaksub PH dan pro DAP. Kalau nak kenal politik PH dan DAP lihatlah dari pentaksub mereka.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor