Oleh IZYAN HAZIQAH ISROFEIL
SIBUTI: PAS menampilkan anak jati tempatan, Zulaihi Bakar sebagai calonnya untuk kerusi P.218 Sibuti yang bukan sahaja menetap di kawasan itu, bahkan dikenali masyarakat sekitar.
Ia sekali gus menjadi satu kelebihan berbanding calon BN, Lukanisman Awang Sauni dan PKR, Jemat Panjang yang merupakan individu luar dari Sibuti tetapi dipertandingkan di situ.
Pengesahan pertandingan mereka diisytiharkan selepas sesi penamaan calon di Majlis Daerah Subis, Bekenu, di sini semalam.
Terdahulu, perarakan ‘Tsunami Hijau’ bermula dari Masjid Bekenu menghimpunkan jentera dan penyokong PAS yang didahului dengan solat hajat.
Himpunan para pendukung PAS diakhiri dengan ucapan ringkas mengenai manifesto dan doa oleh Setiausaha PAS Negeri Sarawak, Muhtar Suhaili.