Home Artikel PAS Sabah

Amilin PAS perlu proaktif dalam gerak kerja di Sabah.

106 views
SHARE

Oleh : Muhammad Salman Darwis
18 Mac 2019

SANDAKAN : Amilin PAS perlu berkerja dengan lebih proaktif dalam gerak kerja penerangan di negeri ini agar rakyat celik dengan situasi politik semasa dan hak mereka sebagai rakyat.

Perkara tersebut dipesan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Libaran, Abdul Waheed Mohamad ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Libaran kali ke 14 di Pusat Khidmat Masyarakat PAS Libaran di sini kelmarin.

“Setiap gerak kerja PAS di negeri ini perlulah dirancang dengan baik supaya ia dapat memberi impak yang positif selain mencapai matlamat yang telah disasarkan,” tegas Abdul Waheed.

Tambahnya, setiap program yang dibuat perlu berlandaskan tiga prinsip yang selalu ditekankan kepada ahli-ahli PAS iaitu politik, dakwah dan tarbiyah.

Terdahulu, mesyuarat itu dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah MAT merangkap Setiausaha PAS Kawasan Libaran, Herrianto Ladat.

Beliau merakamkan ucapa terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat kali ini.

“Mesyuarat ini adalah medan untuk kita bermuhasabah setelah kita melalui pelbagai cabaran sepanjang tahun 2018 yang lalu,”ujarnya.

Turut hadir dalam mesyuarat kali ini ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Libaran, Kamsah Osman dan juga Ketua Penaja Dewan Muslimat PAS Kawasan Libaran, Nur Khadijah Ghazali serta ahli jawatankuasa mereka.