Home Berita PAS Wilayah

Ameerah Wilayah Mengajak Masyarakat Kuala Lumpur Dekati Al-Quran

882
SHARE

Sempena Hari Nuzul Quran, 17 Ramadhan 1438 semalam, Ameerah (Muslimat Muda PAS) Wilayah Persekutuan mengambil kesempatan hari cuti untuk mendekati dan menyantuni masyarakat Kuala Lumpur di KL Sentral.

         

Kit Berbuka yang mengandungi kurma, roti dan air mineral diedarkan hampir kepada 300 orang pengunjung yang lalu lalang di sekitar KL Sentral dengan tujuan masing-masing. Seramai 30 orang petugas daripada seluruh kawasan dalam Wilayah Persekutuan telah bersama-sama menjayakan misi ini.

Pamphlet juga diedarkan kepada orang ramai semepena mengingati tarikh istimewa ini serta mengajak masyarakat untuk sama-sama mengejar kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan.

Orang ramai kelihatan begitu teruja dengan kehadiran Ameerah di KL Sentral ini dan menyambut pemberian Kit Berbuka dengan senyuman dan ucapan terima kasih.

{jathumbnail off}