Home Berita PAS Perlis

Pelbagai Acara Warnai Iftar Jama’ie PAS Perlis

548
SHARE

KANGAR : Memasuki fasa kedua Ramadhan, Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis tidak ketinggalan untuk menganjurkan Program Iftar Jamaie Negeri Perlis yang telah dijayakan bersama dengan Dewan Ulama’ PAS Negeri Perlis, Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis dan Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis.

Program tersebut telah diadakan pada 11 Jun 2017 bersamaan 16 Ramadhan 1438H, bertempat di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) dengan kehadiran mencecah hampir 100 orang.

Antara jemputan yang hadir ke program ini ialah Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Hj. Hashim Jasin, Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Salleh, Setiausaha DMPM, Dr. Nurul Hani binti Ali dan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Perlis, Saudara Ruselee Izan.

Program bermula dengan Gelombang Munajat yang dikelolakan oleh Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis, disusuli dengan majlis tahlil ringkas yang dipimpin oleh wakil Dewan Ulama’ PAS Negeri Perlis. 

Tepat jam 7.34 malam, para hadirin berbuka dengan hidangan ringan dan kemudiannya menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah sebelum menikmati juadah berbuka puasa yang telah disediakan.

Program kemudiannya disambung dengan slot Taujihad oleh Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, diikuti dengan Solat Tarawih berjemaah serta kuliah Nuzul Al-Quran sebaik sahaja selesai solat.