Home Berita PAS Terengganu

Ameerah Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

1095
SHARE

Pada hari yang mulia ini, bersama-sama kita mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam membuktikan ketaatan mereka kepada perintah Allah SWT.

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡيَ قَالَ يَٰبُنَيَّ إِنِّيٓ أَرَىٰ فِي ٱلۡمَنَامِ أَنِّيٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ يَٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِيٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّٰبِرِينَ

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. (Surah As-Saaffat, Ayat 102)

Ameerah Terengganu mendoakan semoga seluruh jemaah haji Malaysia mendapat haji yang mabrur dan pulang dengan selamat kepada keluarga tercinta yang menanti di tanah air.

Kepada seluruh umat Islam juga diucapkan selamat menjalankan ibadah korban dan selamat menyambut perayaan ini dengan penuh ketaqwaan. Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah SWT, آمين.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

Ameerah Terengganu
9 Zulhijjah 1440H / 10 Ogos 2019

Ameerah Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.Pada hari yang mulia…

Posted by Ameerah Terengganu on Saturday, August 10, 2019