Home Artikel PAS Terengganu

Ameerah Terengganu bersama #Undi18

62 views
SHARE

Ameerah Terengganu menyambut baik pindaan untuk menurunkan had umur mengundi, pendaftaran pengundi automatik, dan menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun apabila Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Dalam undian yang dijalankan, usul itu mendapat sokongan penuh seramai 211 anggota parlimen tanpa ada wakil rakyat yang mengundi untuk menolak, dan tiada juga yang berkecuali. Sewajar dengan itu, Ameerah Malaysia menyahut seruan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Abdul Awang dalam mempersiapkan jentera dan melaksanakan strategi bagi menghadapi suasana baru ini.

Masyarakat perlu mengubah pandangan dan persepsi terhadap anak muda dengan memberikan kepercayaan kepada pengundi 18 tahun yang diyakini mampu memberikan pandangan lebih segar untuk kerangka politik negara. Namun begitu, anak muda seharusnya diberi perhatian dan bimbingan yang baik agar mereka cakna isu-isu semasa sekaligus dapat membuat pilihan yang tepat dalam memilih kepimpinan Islam bagi menerajui tampuk kepimpinan negara.

Maka, kami percaya penglibatan pelbagai pihak adalah perlu digalakkan bagi melahirkan anak muda yang mempunyai minda politik sejahtera dan menguasai siasah agama seiring dengan perkembangan lanskap politik tanah air.

Ameerah Terengganu bersedia memikul tanggungjawab ini dan akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam memenuhi keperluan membentuk serta memberi kesedaran politik kepada anak muda khususnya kaum wanita tanpa menyampingkan isu-isu wanita dalam masyarakat.

“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.” -Saidina Ali R.A

Zuraida Md Noor
Pengarah Ameerah Terengganu
19 Julai 2019

#IslamMemimpinPerpaduan
#IslamMemimpinWanitaSejahtera

Ameerah Terengganu bersama #Undi18Ameerah Terengganu menyambut baik pindaan untuk menurunkan had umur mengundi,…

Posted by Ameerah Terengganu on Monday, July 22, 2019