Ameerah Bantu Pengundi Muda Di Dua DUN
PARIT: Ameerah kawasan Parit meneruskan Program Ameerah Care Siri 2 pada 17 dan 18 Jun 2017 yang lalu bertempat di seluruh DUN Belanja dan DUN Bota. Pada kali ini, Ameerah mensasarkan pengundi wanita muda MOSWAY sebagai penerima sumbangan, 22 Jun lalu.
Bersama ketua Ameerah PArit dan pimpinan Ameerah Parit, sebanyak 22 buah rumah telah menerima sumbangan bahan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan susu pekat.
Selain itu, penerima turut menerima takwim berbuka puasa dan imsak serta keperluan berhari raya seperti tudung dan kerepek. Sumbangan dan bantuan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban penerima bagi manyambut kemeriahan Syawal yang bakal tiba.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan lagi dalam usaha mendekati dan menyantuni pengundi muda di sekitar kawasan Parit, lebih-lebih lagi sebelum berhadapan dengan PRU ke-14 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.
{jathumbnail off}