1. Kerap cuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer.
2. Elak menyentuh mata & hidung dengan tangan yang tidak dicuci.
3. Cuci tangan sebelum makan atau semasa menyediakan makanan.
4. Jika batuk atau bersin, gunakan tisu dan buangkan ia serta merta dan segera mencuci tangan.
5. Elakkan sebaiknya tempat yang mejadi tumpuan orang ramai.
6. Jika bergejala, guna penutup mulut dan hidung dan dapatkan rawatan segera.
Jaga kesihatan diri di musim cuti persekolahan ini. Sentiasa cakna dengan arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ataupun Jabatan Kesihatan di tempat masing-masing.
Saya mendoakan agar kita semua dilindungi Allah daripada wabak ini dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Hamir Zahari,
YDP PAS Kawasan Labuan