Home Berita PAS Wilayah

Amalkan gaya hidup sihat pasca pandemik

106
SHARE

Oleh  Tia Razali

BATU, 6 OGOS: Satu dunia diuji dengan pelbagai virus kebelakangan ini. Bermula awal 2019 coronavirus hingga kini masih lagi merebak virus ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS, YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh dalam ucapannya di Muktamar DMPWP ke-39 semalam mengingatkan para perwakilan dan pemerhati untuk menjaga kesihatan pasca pandemik Covid-19 yang melanda negara ini.

Jelas beliau, antara cara untuk memastikan keadaan tubuh badan sentiasa dalam keadaan terbaik adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti yang diamalkan oleh Rasulullah dan disarankan oleh pakar kesihatan.

“Cara hidup sihat yang baik adalah dengan amalan pemakanan sihat, aktiviti fizikal seperti senaman dan penjagaan kesihatan mental.

“Saringan kesihatan secara berkala perlulah dilakukan bagi memastikan keadaan kesihatan dalam tahap yang optimum,” ujar beliau.

Tegas beliau, tubuh badan ini merupakan amanah yang paling berharga daripada Allah SWT dan kita wajib untuk menjaganya serta dari tubuh badan yang sihat, tanggungjawab terhadap agama dan jemaah boleh dilunaskan dengan baik dan sempurna lebih-lebih lagi menjelang PRU ke 15 ini.