Home Berita PAS Pulau Pinang

AMAL ziarah anggota terlibat kemalangan

507
SHARE

BUTTERWORTH: Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang telah menziarahi anggota Amal Kawasan Nibong Tebal, Nazri Abdul Hamid di Pusat Pakar Bagan, di sini kelmarin.

Lawatan tersebut diketuai Timbalan Pengarah Amal Pulau Pinang, Muhammad Nazrul Ali dan turut disertai Yang DiPertua PAS Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff.

Nazri sedang menerima rawatan di situ setelah mendapat kemalangan hingga menyebabkan kepatahan tulang kaki kanan yang serius, selain mengalami kecederaan di tangan.

Sehingga kini, beliau telah menjalani pembedahan memasukkan besi dan 15 skru, di mana doktor menetapkan Nazri perlu berehat selama 3 bulan untuk proses pemulihan, selain rawatan susulan.

Memahami dan simpati dengan kesukaran dihadapi Nazri yang juga penggerak PASTI itu, sumbangan juga telah dihulurkan bagi meringankan beban ditanggung olehnya.