Home Artikel PAS Perak

Kenyataan Media BPPN Perak | PH Juara Slogan, Cabul Rule Of Law

71 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK
16 Julai 2019 | 13 Zulkaedah 1440

“PH JUARA SLOGAN, CABUL RULE OF LAW”

1. Disebalik ‘Rule of Law’ yang kuat dicanang, Kerajaan PH Negeri Perak pula telah mengesahkan bahawa ia hanya retorik dan sekadar juara slogan. Dalam tempoh kurang 2 tahun, pentadbiran PH Perak telah menodai ‘rule of law’ dengan tindakan yang bercanggah perjuangan mereka dan Perlembagaan.

2. Antaranya isu status hak pemilikan tanah kampung baru sehingga 999 tahun atau hak milik kekal yang seolah-olah memajak atau menggadai kedaulatan negeri semurahnya. Ia jelas menunjukkan wujud desakan secara melampau pihak tertentu dan cubaan menggunakan kedudukan jawatan dan kuasa.

3. Isu dakwaan rogol dan rasuah yang dilihat sebagai saling berbalas ‘bedilan’ antara DAP dan PKR, namun hakikatnya integriti dan kredibiliti serta hak rakyat telah terpinggir sama sekali. Apakah kerana ia berkait elit penguasa dan eksekutif dalam kalangan PH, maka ‘rule of law’ dibakulsampahkan?

4. Malangnya, isu-isu ini berentetan dari panasnya isu untuk menjatuhkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu yang belumpun reda. Ia hanya menunjukkan pemerintahan bersama Bersatu-DAP-PKR di Perak sedang bergoyang teruk. PAN mungkin bergayut pada yang menguntungkan.

5. Menjadi mangsa kepada semua ini adalah rakyat yang tentunya tidak dapat menikmati kesejahteraan hidup sewajarnya dilimpahkan dari pentadbiran kerajaan. Semuanya lantaran sesama PH sibuk bercakaran dan meraih kepentingan. Lebih malang lagi setelah janji-janji Manifesto PH tidak tertunai sejak PRU14 lalu.

6. Lebih tidak boleh diharap, apabila ‘rule of law’ yang gah dicanang selama ini menjadi ‘kebal’ dari dilaksanakan kepada mereka sendiri. Inilah pengkhianatan dan campur tangan politik yang merosakkan. Maka, kami menggesa ‘double standard’ ini mesti dihentikan serta-merta.

7. Atas nama maruah, tanggungjawab, integriti dan wibawa, kami menggesa semua Exco yang terpalit mahupun berada dalam siasatan untuk bercuti. Berikan ruang pihak berkuasa melaksanakan tugas berkaitan tanpa ada kemungkinan dipengaruhi.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB HAJI RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya
PAS Negeri Perak