Home Berita PAS Selangor

Amal Selangor raikan petugas sukarelawan COVID-19 – Pengarah JAMN Selangor

146
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

SEPANG, 21 November – Malam semalam Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor (JAMNS) telah mengadakan Jamuan Makan Malam bagi meraikan petugas-petugas Amal yang menjadi sukarelawan barisan hadapan covid-19 sepanjang PKP3.0 di Dewan Perantau Hill, Sungai Merab.

Majlis dirasmikan dengan penuh meriah oleh Ustaz Noor Najhan Salleh selaku Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor dan turut hadir memberikan ucapan dan Taujihat kepada anggota Amal yang hadir, Ustaz Shukri Omar Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor serta Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor, Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin.

Turut hadir wakil dari Saketariat Tabung Bencana Covid 19 PAS Pusat mewakili Pengerusiny Dr Rosni Adam, Ustaz Sheikh Syeikh Mujahid Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor dan Ketua Sukarelawan VCEE19 Tuan Hj Wan Hilmi Wan Mohd Nor serta Isteri.

Seramai hampir 150 anggota Amal telah menyertai 5 pasukan sukarelawan covid-19 yang dibentuk dibawah Khidmat Malaysia Negeri Selangor, antaranya Unit Hotline dan Bantuan Covid19, Unit Runner Khidmat Malaysia, Unit Sukarelawan PKRC dan CAC, Unit Sukarelawan PPV serta Unit Sukarelawan Pengurusan Jenazah Covid-19.

Lebih 1,000 jenazah telah diuruskan dan dibantu oleh sukarelawan ini di 3 tempat tanah perkuburan Islam termasuk di Perkuburan Raudhatul Sakinah Gombak, Baqi Cyberjaya dan Sa’adah Johan Setia. Manakala sukarelawan di CAC dan PKRC adalah tempat paling beresiko yang memerlukan mereka memakai pakaian Full PPE dalam memberi bantuan kepada pesakit Covid-19.

Semua petugas Sukarelawan menerima sijil dan alaun saguhati daripada Tabung Bencana Covid-19 PAS Pusat sebagai tanda penghargaan buat anggota Jabatan Amal Negeri Selangor yang bertugas sepanjang PKP3.0 ini, walaupun ianya tidak setimpal dengan harga pengorbanan mereka namun semua petugas yang ikhlas ini cukup rasa gembira hanya dengan ingatan pimpinan PAS terhadap mereka sudah memadai.

Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor juga mengumumkan saf kepimpinan baharu bagi sesi 2021-2023 pada penghujung majlis yang telah diumumkan oleh Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor sendiri.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor