Home Artikel PAS Pahang

Amal Pahang tubuh pasukan bantuan kecemasan jalan raya sempena raya Cina

294
SHARE

Sambutan Tahun Baharu Cina 2020 bermula malam ini. Di samping dengan cuti hujung minggu, kenderaan dijangka bertambah dengan mendadak di jalan raya. Khususnya yang bergerak dari Lembah Kelang, sudah tentu menuju ke Utara, Selatan dan Timur Semenanjung.

 

Justeru cuti yang agak panjang diambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Tidak terkecuali untuk pulang ke kampung. Atau mungkin menjadi peluang untuk rekreasi dan aktiviti lasak, juga ke Tanah Tinggi Cameron Highlands.

 

Negeri Pahang merupakan pintu masuk untuk ke Pantai Timur. Sudah pasti beberapa daerah seperti Bentong, Raub, Temerloh dan Kuantan bakal menjadi tumpuan atau persinggahan.

 

Sayugianya, persediaan hendaklah disapkan rapi bagi mengharungi kesesakan trafik jalan raya.

 

Nasihat lazim ialah memandulah secara cermat dan berhemah agar sampai ke destinasi dengan sejahtera.

 

Jabatan Amal Negeri Pahang (Amal Pahang) telah menubuhkan Amal Pahang Response Team yang akan membuat rondaan dan bantuan kenderaan rosak bagi pengguna-pengguna jalan raya semasa cuti perayaan ini.

 

Antara khidmat bantuan yang disediakan ialah ‘rescue first responder’ dan lain-lain kerosakan kecil.

 

Untuk itu, Amal Pahang menyediakan dua talian untuk pelan tindakan iaitu: 011 3230 1311 dan 011 2113 8973.

 

Untuk bantuan kecemasan dibahagikan kepada tiga zon dan petugas untuk dihubungi.

Zon Timur – 016 636 2072  (Asyraf).

Zon Tengah – 019 995 8114 (Syukor)

Zon Barat – 013 374 7959 (Zhafir).

 

Amal Pahang turut berpesan agar “berhati-hati di jalan raya.

Moga selamat sampai ke destinasi.

Sentiasa bersama orang yang tersayang.

Kami sentiasa berkhidmat untuk masyarakat dan Negara”.