Home Berita PAS Pulau Pinang

Amal Masuk Kampung (AMK 4.0) Qaryah Bakau Tua, Penaga

1450
SHARE

PENAGA/ 20 Januari 2019/ Ahad

Bersempena cuti Umum Jabatan Unit Amal Pulau Pinang Malaysia (AMAL) dan Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN (MTD) Dun Penaga telah menyusun program Yang Berhormat (YB) Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, turun bergotong royong bersama unit amal,Bomba dan penduduk kampung Bakau Tua.

Program hari ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.

Banyak acara telah disusun hari ini melibatkan, pemuda, muslimat, dan unit amal.

Antaranya, program gotong royong bersih masjid, bersih rumah sekitar kampung Bakau Tua, bagi sumbangan kepada fakir miskin, ziarah orang sakit, acara mewarna,rawatan Medic Amal dari rumah kerumah pesakit, dan banyak lagi.
Program sebegini diadakan secara bulanan mengikut (Unit Peti Undi) UPU secara bergilir gilir.

Antara yang sempat YB Penaga ziarahi ialah salah seorang daripada seorang Guru pencen Hj Abdullah bin Ismail 84 dan Medic amal yang hadir bersama ADUN Paka itu sempat merawat kesihatan beliau.

Walaupun peruntukan dari kerajaan negeri disekat, tidak diberi kepada wakil rakyat pembangkang, namun ADUN Penaga berusaha juga menyelesaikan permasalah rakyat.