Home Berita PAS Perak

AMAL Lumut bantu khidmat membersih Maahad Tahfiz

183
SHARE


Oleh : Hafiz Green Mart

LUMUT, Bersempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina, Jabatan Amal Malaysia Kawasan (JAMK) Lumut telah membantu dalam kerja-kerja pembersihan di Maahad Tahfiz Wal Qiraat Ad-Din (MTQ), Cawangan Kg. Telaga Nenas, di sini baru-baru ini.

Menurut Komandan JAMK Lumut, Muazam Hafiz Osman berkata operasi pembersihan dilaksanakan atas permintaan pihak pengurusan MTQ dan menunjukkan tanda kepercayaan tinggi kepada JAMK Lumut khususnya dengan mencuci dan membasuh mozek seluruh MTQ, dapur dan tandas.

Malah anggota JAMK Lumut turut membantu memasang semua katil penempatan murid serta beberapa buah meja di pejabat di samping menimba pengalaman menanam anak-anak pokok di sekitar kawasan MTQ.

Pengerusi Jawatankuasa Penaja Pembangunan MTQ Ad-Din Cawangan Kampung Telaga Nenas, Zainuri Busu ketika ditemui menzahirkan penghargaan kepada JAMK Lumut di atas bantuan dan khidmat yang diberikan.

Terdahulu, JAMK Lumut telah diberi kepercayaan membuat sanitasi COVID-19 di Sekolah At-Taalim, kesemua Unit PASTI, Masjid Al-Ehsan Samudera serta beberapa buah surau dan masjid sekitar Parlimen Lumut.

JAMK Lumut turut menawarkan perkhidnatan sanitasi kepada masyarakat setempat dan bolehlah menghubungi Setiusaha JAMK Lumut, Mohamad Fathi Mohamad di talian 011-24016538 bagi tujuan tempahan slot sanitasi.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS, Abdul Basir Mohamad, Wakil Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Lumut, Osman Uyob dan mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Lumut, Muhammad Nizar serta anggota JAMK Lumut.